Mengubah Sempadan Iman

4:39 PM


Buku ini telah dibeli pada 2012.
Saya hanya baca sepintas lalu dan mula mengenali insan istimewa yang bernama Prof Kamil.
Masa tu beliau menjadi pensyarah di sebuah university di madinah.
Buku ini mengenai travelog semasa prof kamil menunaikan haji dengan isterinya.

Belum terdetik lagi untuk pegi umrah lagi kerana fikirkan anak-anak masih kecil.

Awal tahun 2015, Allah bukakan hati untuk baca sekali lagi buku ini.
Kali ini, saya baca dengan penuh kusyuk.
Setiap perkara yang menarik saya tulis dalam journal saya.
Seronoknya kalau dapat beribadah dekat mekah dan madinah, detik dalam hati.

Prof Kamil menceritakan apa yang beliau dan isterinya buat semasa di Tanah Haram.
Contohnya bangun qiyammulail pukul 2 pagi,banyakkan tawaf sunat, tadarus alquran, baca tafsir alquran, buat ibadah2 haji/umrah, bantu orang-orang tua dan paling best selalu berdoa bagaimana mahu menjadi tetamu istimewa allah.

Dalam buku ini, Prof Kamil tulis doa-doa dalam bahasa melayu daripada perjalanan nak ke Tanah haram sehingga hendak pulang.
Saya memang tulis sebab doa-doa tu mudah dan terkesan di hati,

Lepas baca je buku ni , memang terasa sangat nak pegi buat umrah.
So bagitau la suami niat di hati.
Dia hanya cakap minta je dengan berdoa dengan Allah.
Buat solat hajat dan nanti Allah sendiri yang akan jemput dan bagi tarikh yang terbaik.



You Might Also Like

0 comments

Total Pageviews