Bagaimana nak kurus, cantik dan sihat..???

7:45 PM

hey ya...mulai hari saya akan menjaga pemakanan saya supaya saya boleh kembali ke bentuk badan asal dan berat badan 50kg....itu 5 thn dahulu....sy sgt kurus dan boleh pakai apa sahaja pakaian yang hendak dipakai...macam mission impossible jer..huhu...but 2 months ago, sy mengalami penurunan yg mendadak sehingga sy kurus cengkung tp ianya tak lama...if i suddenly my weight drop, mesti ada sesuatu yg x kena....dan kemudian badan akan cepat naik kerana metabolism yg sgt rendah ...huhu...
so apa perlu sy buat....?? Mengikut hukum alam Law Of Attraction - saya kene fokus pada bende2 yang positif...saya perlu bayangkan dalam masa 3 bulan lagi, saya akan mempunyai kaki spt Gisele Bundchen dan badan seperti madonna....aheh..berangan....

Firstly , saya kena jaga pemakanan...maksudnya makan makanan yang berkhasiat....kurang lemak dan low carb...daripada pembacaan, seorang wanita memerlukan 1500 kcal setiap hari utk permbakaran lemak dan metabolisma.....jika lebih, ia akan menyebakan penyimpanan lemak di dalam badan....pernah suatu ketika saya terlalu obses untuk mengira kalori yang dimakan setiap hari..saya mempunyai buku yang mencatit apa sahaja yang di makan....ini adalah panduan yang saya gunakan....

Kategori:Kuih Muih
1. Kasuiberkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Rutin
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Kategori: Makanan Segera
1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori


Kategori minuman
minuman berkabonat 1 tin 285g - 120 kal
minuman kotak 250g - 105 kal
susu tepung penuh krim 1 sudu makan - 33 kal
susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan - 25 kal
aiskrim 2 skop- 390 kal
susu pekat manis 1 sudu makan - 71 kal
yogurt rendah lemak 1 cawan - 90 kal
mentega 2 sudu teh - 75 kal
keju chedar 1 keping -58 kal







bila terlalu taksub untuk mengira setiap kali makanan yang masuk ke dalam mulut, lama- lama saya terus give up....sebabnya, saya tidak dapat kenikmatan makanan tersebut.saya sangat suka makanan...!!! anything i love to try.... saya sangat sukakan nasi lemak SS223 di mana saya hanya makan di waktu malam...saya suka mencari goreng pisang panas utk minum petang ....sukakan makanan yang manis seperti pengat pisang yg dijual di Jaring,Subang....dan sukakan Roti Pisang Q bistro....dan minuman fav...milo ais kaw kaw....hurm....
so apa perlu saya buat..?? ...selain mengawal pemakanan, saya perlu EXERCISE.....

Fyi, sebelum ini saya pernah join as membership di Fitness First...memang best dan ia memberikan saya motivasi utk sentiasa bersenam...i have good surrounding that support each other to keep fit n slim....but then after a year, saya x dpt bahagikan masa kerja dan senaman, so i dah terminate kerana terfikir saya boleh pegi jogging di tempat2 awam.....maybe kerana tiada kawan yang suka bersenam, akhirnya saya akur saya menjadi malas dan menyebabkan berat badan makin bertambah....huhu...nasib menyebelahi saya, akhirnya saya menjumpai geng utk bermain bersama di samping dapat membakar kalori saya setiap minggu..iaitu FUTSAL.setiap minggu saya bermain futsal di Sport Centre Seksyen 14 PJ....



Ni adalah team futsal saya...=) ....

to be continue.....

You Might Also Like

3 comments

  1. Hi Fariza,

    good morning.

    good info here. just choose what u eat. make a record, n u may know how much calories you need to burn...get a treadmill, run n the machine calculate how much calories burned. just as easy as that. if u eat a lot, n u need to extend your exercise. discipline is the keyword. then you're kurus, cantik dan sihat.

    geckoman..

    ReplyDelete
  2. anda nak kurus dengan cara selamat an telah diperakui oleh ramai? telah diiklankan di wanita hari ini di tv3 mahupun di suratkhabar harian metro. ramai sudah berjaya mendapatkan berat badan impian mereka. Anda pula bila lagi? jom dapatkan JUs Mate 5 Herba Prima sekarang. tekan http://zbj007.blogspot.com/

    ReplyDelete

Total Pageviews