Perniagaan tanpa modal?? ada ker??

8:05 PM



Sudah a few weeks saya tinggalkan blog ini berhabuk..

Insyallah post kali ini, saya akan sharekan jenis-jenis perniagaan internet/online.
Untuk start berniaga, perkara utama yang selalu merunsingkan kepala otak adalah MODAL..itu bukanlah masalah utama sebenarnya.Sbb ada yang boleh berniaga secara FREE melalui internet..apa yang penting sebenarnya adalah ILMU...so saya nak share sedikit apa yang saya tahu ..

Perniagaan internet pula boleh dibahagikan kepada 2 bentuk. Iaitu , sama ada 
1.Perniagaan yang berasaskan” produk
      Produk Fizikal
  • Menjual Produk kesihatan/kecantikan
  • Menjual Alat Penjimatan Eletrik
  • Menjual Buku
  • Menjual perfume, tudung, baju atau aksesori wanita
  • Menjual Alat permainan kanak-kanak
  • Menjual Cadar

  • Produk Digital
  • Menjual Ebook
  • Menjual Perisian-perisian
  • Menjual MP3 ceramah-ceramah pembelajaran.
  • Menjual Gambar-gambar/ grafik profesional
  • Menjual video-video tutorial
  • dan bermacam-macam lagi... 
2.Perniagaan yang berasaskan perkhidmatan
  • Perkhidmatan rekabentuk grafik (logo, banner, cover ebook)
  • Perkhidmatan membina website
  • Perkhidmatan memasang perisian.
  • Perkhidmatan webhosting
  • Perkhidmatan menulis & menterjemah artikel
  • Mengambil tempahan kek, baju atau tudung

  • Di internet, terdapat ramai usahawan yang membuka peluang untuk peniaga kecil yang berminat untuk berniaga tanpa modal dan ada jugak dikenakan bayaran bulanan/seumur hidup . Kaedah ini dinamakan dropshipping.


    Anda hanya perlu promosikan sahaja produk mereka, sebagai contoh anda perlu promosikan produk kesihatan di website/facebook anda, di blog , platform seperti Mudah.com, lelong,ebay dan sebagainya.

    Setelah mendapat tempahan daripada pelanggan, anda perlu beritahu pembekal produk anda dan mereka yang akan menguruskan tempahan tersebut kepada pelanggan anda.Cara ini paling mudah dan paling cepat untuk menjana keuntungan tanpa menanggung risiko kerugian. 

    Apa kelebihan dropship ?
    - Tidak memerlukan modal untuk membeli produk.
    - Tidak perlu menyimpan stok.
    - Tidak perlu menghantar produk kepada pembeli.
    - Terus mendapat keuntungan kerana anda hanya membayar harga kos dan perkhidmatan dropship. 
Walaupun keuntungannya tidak besar, tetapi time ni lah kita belajar utk dapatkan regular customer, kumpul modal skit dan paling penting belajar utk MARKETKAN product. Then bila dah banyak regular customer, bolehla start utk beli borong daripada supplier...

ni list supplier yang menawarkan sistem dropship
1) http://edymart.com/  - byk product yang ditawarkan ...tepung cendawan pun ada jual
2) http://www.sinarniaga.com/ - muslimah attire , teddy bear ,baju renang dll
3) http://www.jualborong.my/ - barangan baby
4)http://butikbajunazlin.com/- busana wanita
5) http://www.kedaibestari.com - product2 kesihatan

dan banyak lagi.....kene rajin mencari yer....
cuba cari dekat sini http://www.majalah.com/ - kat sini byk supplier yang tawarkan perkhidmatan dropship

utk perfumeberry - saya stop sementara waktu utk dropship....tak terhandle lagi dgn dealer yg sedia ada...nanti dah balik kl semula, insyallah akan bukak balik dropship utk my biz....=)

next post kite cite pasal cara yang sangat efektif utk pasarkan product terutama melalai FANPAGE FB....
insyallah
okey semoga sharing ini memberi manfaat kepada anda semua..

-iza@ffa-





You Might Also Like

2 comments

  1. Great delivery. Outstanding arguments. Keep up the great spirit.


    My homepage ... 123inkjets (kareldekar.com)

    ReplyDelete
  2. Apa pendapat admin tentang kerja online atau affiliate produk kesihatan. 1 order 8 usd. Jual malaysia?. saya ada peluang keduanya kalau admin minat. Jemput ke blog saya utk kongsi idea


    [Jemput ke blog saya untuk tips Kerja Part Time Online]

    ReplyDelete

Total Pageviews