Persediaan tahun 2014

8:30 PM


Bersediakah kita?
Tahun 2014 tinggal 8 hari lagi.Rasa berdebar kali ni nak masuk tahun baru.
Banyak yang akan naik harga - elektrik, tol, pengnkutam awam dan lain2 lagi semestinya harga barangan lain juga terkena tempiasnya .
If dekat KL atau area klang valley ni rasanya RM1 macam dah jadi 10sen waktu zaman 80an dulu
Bayangkan saya pernah nak membeli goreng cempedak ( fav kuih ) dijual dengan harga 40 sen seketul.
Adalah sangat tak munasabah. Saiznya kecik2 pula tu.
Jangan harapla sekarang ni nak jumpa kuih 5 biji RM1.
Anyway kita x boleh nak kontrol keadaan tetapi kita hanya boleh kontrol diri kita sendiri.
samada nak kurangkan perbelanjaan untuk survive atau tambahkan pendapatan

Tips untuk mengurangkan perbelanjaan
1) Bawa bekal makanan ke tempat kerja( saved RM10 sehari) atau rajin berpuasa hari isnin/khamis.Tambah pahala =)
2) Kurangkan melepak di kedai mamak  untuk kaum lelaki atau kedai kopi high class Starbucks, Coffee bean, wondermilk dll untuk kaum wanita .Bancuh sendiri kat rumah dan ajak kawan2 datang lepak sama-sama kat rumah..minum kopi 0 dengan biskut lutut memang layan.
3) Stop melanggan ASTRO sebab kita xda masa pun nak tonton pun cerita kat TV ..astro tayang drama swata yang sama sahaja.Kadang-kadang cerita-cerita ni kita boleh tengok kat youtube sahaja ( Saved RM50-RM100)
4) Merancang pembelian.Sebelum membeli -belah barang groceries terutamanya, list kan barang yang nak dibeli dan hanya beli barang yang sepatutnya sahaja.If kita buat list, kita hanya beli benda yang penting sahaja
5)Untuk kaum wanita kurangkan pergi ke shopping mall kerana x sah jika tidak membawa balik at least satu barang.Sebaliknya kita boleh habisakan masa dengan membawa keluarga/rakan di pusat-pusat rekreasi dan taman-taman awam.
6)Sentiasa bawa botol air kosong/mineral so mengurangkan kita membeli air kotak/botol manis
7) Buang semua kad kredit. Elakkan membeli dengan courts mamoth berhutang.Nanti kita akan bayar lebih daripada sepatutnya

Tips untuk tambah pendapatan
1) Buat biz as side income.x susah pun nak start biz ni. Tak perlu nak fikir complicated sangat
Contoh: anda pandai masak nasi lemak
Amik tempahan kawan2 satu offce untuk buatkan breakfast untuk mereka nasi lemak yang sedap.
2) Rajin memberi/bersedekah
The more you give, more you will get back
Insyallah rezeki akan datang tanpa disangka. Mungkin boss belanja makan, menang hadiah peraduan dan lain-lain lagi rezeki tu dapat.
3) Jual barang yang x diperlukan
  Barang- barang yang masih elok boleh dijual semula samada di Mudah.my , cash converter atau dijual di carbootsale di kawasan perumahan anda
4) Cari kerja part time
5) Menanam pokok yang boleh mengeluarkan hasil jadi x perlualah lagi kita nak membeli lagi.Bolehla start tanam kat rumah pokok limau, daun kari, limau purut, pandan, serai, atau pokok buah-buahan..


Walau apapun berlaku pada tahun hadapan kita mesti bersedia.
Merungut atau menulis status negatif  di facebook tidak akan mengubah keadaan.
Hanya diri kita boleh mengubah keadaan ekonomi masing-masing
Insyallah

You Might Also Like

0 comments

Total Pageviews