Untuk wanita sahaja- Pap Smear

10:54 PM

Hari ni hari kedua tahun 2014
Semalam seperti biasa saya habiskan masa untuk buat matlamat baru dan azam baru.
Apa yang ditulis tidak akan terjadi jika tidak BERTINDAK secepat mungkin
Salah satu perkara yang saya hendak buat  adalah untuk buat ujian pap smear...

So tanpa berlengah lagi, harini juga saya pergi ke klinik kesihatan nibong tebal untuk buat pemeriksaan  pap smear.Sangat digalakkan dibuat setiap tahun untuk check kesihatan serviks , takut ada sel kanser.

Pagi ni awal pagi saya dah sampai ke klinik kesihatan ni
ada dalam 2/3 orang shj ibu hamil yang datang untuk pemeriksaan
berbanding di klinik kesihatan kelana jaya, terlalu ramai sangat orang sehingga ambil masa yang lama

Nurse dekat situ bagi penerangan sedikit pasal pap smear ni...Ia percuma dekat klinik kesihatan kerajaan.
Ujian pap smear ni penting untuk check sel kanser di serviks/rahim untuk orang yang dah berkahwin sahaja ye.If dapat kesan awal, jadi boleh buat rawatan dengan segera.
So doktor akan amik sedikit sampel /tisu kat pangkal rahim untuk test
Amik masa x sampai 5 minit pun tetapi sakit la juga ..huhuh...tengok la pada gambar bawah ni..ni la prosedurnya.

Sakit macam kena gigit semut2 ja.Sakit nak beranak lagi sakit...But bila tengok mulut itik tu macam ngeri sikit. Kena relaks ja baru mudah nak masukkan .

So keputusan x dapat immediately.If ada problem klinik akan call untuk buat check atau rawatan susulan.So kaum2 ibu/wanita buat la pemeriksaan pap smear ni..setahun sekali jer.Kesihatan sangat penting .
If sakit apa pun x boleh buat.


ni sedikit info yang saya google mengenai pap smear

Apa itu ujian pap smear?
Ujian yang dilakukan kepada golongan wanita yang sudah melalui hubungan seksual terutamanya bagi mereka yang sudah berkahwin dan pernah melahirkan anak.

Tujuannya?
Untuk mengesan sekiranya terdapat kehadiran kuman/ kulat/ bakteria pada pangkal rahim anda. Sekiranya terdapat kuman, ianya boleh terdedah kepada berlakunya kansel pangkal rahim/ ovarian cancer (pembunuh kedua wanita) jika tidak dirawat. Sekiranya kuman tersebut dapat dikesan pada peringkat awal (melalui ujian pap smear), ini berkemungkinan anda dapat diselamatkan dari kansel pangkal rahim.

Cara rawatan dijalankan?
Dengan memasukkan alat seperti paruh itik (spatula) ke dalam laluan rahim (melalui faraj), tujuannya untuk mendapatkan sedikit tisu pada pangkal rahim bagi menjalankan ujian sekiranya ada terdapat kuman pada rahim anda.

Sakit tak?
Secara jujurnya ujian ini lansung tidak sakit cuma ada sedikit rasa tidak selesa.

Berapa lama untuk setiap ujian?
Kurang dari 2 minit.

Bila masa yang sesuai untuk ujian pap smear?
Untuk wanita yang pernah melahirkan, sebaiknya 3 atau 4 bulan sepelas melahirkan.

Berapa kali dalam setahun?
Hanya 1 kali dalam setahun, selama 3 tahun berturut-turut. Sekiranya tiada jangkitan pada pangkal rahim, anda boleh berehat dari menjalani ujian untuk 2 tahun dan menyambung semula ujian untuk tahun berikutnya. Sekiranya pangkal rahim anda mengandungi kuman, anda perlu repeat semula setiap 6 bulan (ubat dan rawatan akan diberikan).

Tips sebelum menjalani ujian:

1. Elakkan dari hubungan intim dengan suami, 1 atau 2 hari sebelum anda menjalankan ujian.
2. Selepas 10 hari kering haid.
3. Pakai kain/ baju kurung ketika hendak menjalankan ujian (senang untuk diselak... )

You Might Also Like

2 comments

Total Pageviews