Perancangan buat umrah

5:02 PM


Tahun 2015, suami saya dulu pergi buat umrah bersama adik beradik lelaki
Masa ni saya tengah mengandung baby ke3 dan Jannah masih setahun lebih.
Mungkin masa ni saya kurang sesuai lagi untuk pergi ke sana.
Saya pun tak tahu bila la saya berpeluang ke Tanah Haram.
Maybe bila anak-anak besar sedikit.
Sebab tak pernah berpisah lansung dengan anak-anak walaupun semalaman.
Takpe nanti ada rezeki allah akan jemput saya sekeluarga.
Tanam niat dan setiap kali berdoa ,harap allah permudahkan untuk saya pergi umrah suatu hari nanti.

Hujung tahun 2015, anak yang dilahirkan meninggal dunia.
Sangat sedih dan redha kerana semuanya telah ditentukan olehNya.
Perkara pertama yang saya fikir adalah nak pegi umrah.
Bagitau suami hasrat sekali lagi nak pegi umrah.
Jadi kami plan untuk pegi umrah pada akhir tahun 2016.

Jadi kami pun dah mula start cari agen yang tawarkan pakej umrah yang berpatutan.
Antaranya Andalusia, Tiram travel, TH travel, Alquds, Zahafiz, Rayhar dan lain-lain lagi.
Sebelum ni suami pergi dengan pakej Andalusia dan ziarah luar ke Jordan.

Akhirnya kami memilih Tiram Travel kerana Hotel di Makkah ( hotel safwah sebelah clock tower ) paling dekat 50ml dengan harga yang berpatutan.
Tiram telah memajak hotel safwah ini sehingga tahun 2018.
Boleh google pakej-pakej yang tiram travel tawarkan .









Kami pun book RM1000 seorang dan mula menyediakan diri dari segi kesihatan, rohani , kewangan dan keluarga.

Persediaan keluarga,
Tiap-tiap hari saya bagitau Jannah dan Alfatih, mommy dan papa nak pegi umrah 2 minggu sahaja.
Bila azan tunjuk la mommy akan pergi ke sana. 
Tiap-tiap hari cakap benda yang sama.
Sentiasa berdoa supaya allah permudahkan nanti dan hilangkan rindu semasa kami di sana.

Persediaan rohani , 
1.Kena readykan dan biasakan diri untuk bangun tengah malam buat solat tahajud, taubat, zikir dan amalan-amalan sunat yang lain.Solat hajat semoga dipermudahkan segala urusan

2.Banyakkan berdoa.Berdoa la semoga dipermudahkan urusan, ibadah kita diterima dan menjadi tetamu allah yang istimewa

3. Tambah ilmu. Boleh tengok youtube sahabat saya - KURSUS UMRAH ONLINE di sini -->  https://www.youtube.com/watch?v=qUozrVH-ytQ.
Baca juga buku panduan umrah 

4. Banyakkan membaca alquran.Istiqamah setiap hari

5.Hadiri kursus-kursus umrah.Baca blog-blog yang cerita pengalaman semasa menunaikan umrah.


Dokumen yang diperlukan
Visa agensi yang akan uruskan.
Kita bagi sahaja dokumen yang secukupnya.

  • Pasport yg dikemaskinikan sah laku dalam masa 6 bulan.
  • Buku suntikan ACYW135, sah untuk tempoh 3 tahun
  • Sijil nikah bercop pejabat agama dan wisma putra
  • Gambar visa umrah 4 keping setiap seorang

Kesihatan
Masa pergi kursus umrah, ustaz ada cakap, fizikal kena cergas.
Nak tawaf dan saei tu guna tenaga banyak.
Saei je lebih kurang 3.5km.
Memang kena jaga kesihatan.
Kalau sakit duduk kat hotel je, tak best la tak boleh buat ibadah.
Kena doa sentiasa supaya badan sentiasa sihat 


Kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang tentukan.
Kalau bukan kehendak kita, jangan la merungut.
Mungkin ada yang diuji ditipu travel agensi, ( banyak kes masa cuti sekolah lepas),
kita sendiri banyakkan berdoa dan redha atas apa yang diberikan.

Mulakan dengan tanam niat untuk pergi buat umrah dan lepas tu haji.
Insyallah jika ada kemahuan, pasti ada jalannya.







to be continue..



You Might Also Like

3 comments

  1. Replies
    1. alhamdulillah semua ok.
      tengok pada pakej dan keperluan.

      Delete
  2. Puan, saya nak bertanya tentang pergi umrah ketika hamil. kena amik suntikan tak? sebab setahu saya suntikan tu tak sesuai untuk ibu mengandung. in shaa Allah saya akan pergi dengan Andalusia dalam keadaan hamil 6 bulan. cuma nak pastikan tentang vaksin ni. terima kasih puan. :)

    ReplyDelete

Total Pageviews