Sambungan Umrah Hari Pertama

12:06 AM

Sambungan daripada  post sebelum ni di sini :  Hari pertama 




Bas membawa kami terus ke hotel .
Hotel yang saya dan suami menginap adalah di Hotel Al Safwah Royal Orchid terletak di menara clock tower Makkah. 
Dekat sangat dengan dataran Masjidil Haram..
Turun hotel terus sampai dataran.
30m daripada pintu King Abdul Aziz.
Alhamdulillah syukur sangat.
Allah bagi mudah dan selesa.
Patutla rombongan kami, banyak keluarga yang bawa nenek-nenek yang agak uzur sebab tak perlu berjalan jauh.






Dah sampai hotel, kami diberi masa untuk berehat dahulu sebelum menunaikan umrah.
Plan untuk buat umrah selepas solat Asar.
Ni view daripada bilik saya.
Boleh nampak orang-orang yang ada dekat dataran.
Masa ni dah tak banyak construction yang tengah dijalankan.
Rasanya 1/2 tahun lagi siap la pintu masuk dan dataran yang telah dibesarkan.


Suasana di dalam masjidil haram selepas asar.


Tong-tong yang dibawa itu lah air zam-zam.
Ya allah rasanya sedap sangat dan sejuk.



Selesai solat asar secara berjemaah, saya dah ready untuk menunaikan umrah.
Masa ni belum nampak kaabah lagi.
Dalam group saya ni, rupanya ramai yang dah tunaikan umrah sebelum ni.
So ada yang dah pergi buat umrah sendiri tanpa perlu menunggu mutawif.
Tinggal 4 atau 5 orang sahaja yang belum pernah tunaikan umrah.
Umrah dipimpin dengan baik oleh uztaz zul.
Kami diberi penerangan ringkas cara-cara melakukan tawaf dan saei.

Tips untuk pertama kali buat umrah: 
1) Ikut rapat dengan geng- geng umrah perempuan yang lain.
2) Bawa buku panduan umrah 




Suami yang sentiasa menunggu dan memberi tunjuk ajar.
Suami saya 2 tahun berturut-turut dapat rezeki tunaikan umrah.
Last year pergi dengan adik beradik lelaki dan alhamdulillah tahun 2016  dapat bawa isteri pulak.


Gambar ni pada malam sebelum tahun baru.
Semasa umrah pertama, saya simpan hp dan tak sempat nak ambil gambar semua.


Pertama kali memandang Kaabah, tak mampu nak berkata apa-apa.
Air mata dah tertahan lagi. Subhanallah.Allahmdulliah. Allahu akhbar.
Rasa syukur, hiba, sayu mengenangkan terlalu banyak dosa lalu.

Saya menghampiri garisan hajar aswad untuk memulakan tawaf.
Ramai orang berpusu-pusu melakukan tawaf pada masa ini.
Saya hanya berdoa semoga ianya dipermudahkan.
Saya dan suami tawaf di dataran kaabah sebab nak rasa lebih dekat dengan kaabah.
Walaupun seramai-ramai manusia, insyallah ada je jalan untuk bergerak.
.
Saya berjaya melakukan tawaf sebanyak 7 pusingan tapi saya dah terputus pusingan dengan suami semasa tawaf.
So kami janji kalau terputus just jumpa nanti di tempat saei sahaja.
Kalau dah terputus semasa tawaf, jangan gelabah atau tercari-cari nanti boleh batal tawaf .
Berdoa je pada allah dan bergantung sepenuh kepada Nya.
Insyallah. Apa yang terlintas tu la, kita akan dapat.
Kena sabar banyak-banyak.
Masa tawaf ni mungkin akan diuji  dari segi kesabaran.
Orang rempuh la, tolak la tu perkara biasa.
Kita fokus jer zikir dan berdoa semasa tawaf.

Selesai tawaf, disunatkan melakukan solat sunat tawaf dekat belakang makan ibrahim atau berdekatan multazam. Multazam tempat paling mustajab berdoa.
Baca je doa-doa dalam buku panduan umah yang diberi.
Baca dalam bahasa melayu untuk lebih penghayatan dan sediakan doa-doa sendiri siap-siap .





Seterusnya kami ke tempat saei bermula daripada Bukit Safa ke Marwah.
Ramai nya orang.Mungkin sebab masih cuti sekolah dan ramai orang ambil peluang buat umrah masa musim sejuk.
Suasana nyaman sahaja.
Tak panas.

Ulang alik daripada bukit Safa ke Marwah sebanyak 7x lebih kurang 3.5km.
Agak kepenatan juga.Stop banyak kali minum air zam zam.
Yang tak mampu berjalan, ada wheelchair untuk ditolak.
Dalam kawasan lampu hijau, orang lelaki disunatkan untuk berlari-lari anak.

Tips: Kalau boleh pakai kasut/stockin tawaf ni. 
Ada biji-biji di bawahnya supaya tak licin masa buat tawaf/saei


Dah selesai tawaf, kami bertahlul di bukit marwah.
Kalau ada orang nak tolong potongkan rambut, jangan bagi .
Nanti diorang  minta duit.
Sediakan siap-siap gunting kecil.
Masuk tangan dalam telekung dan gunting sedikit rambut untuk perempuan.
Alhamdullilah selesai sudah umrah pertama.

Rukun umrah ringkas sahaja tetapi mental  dan fizikal kena jaga.
Banyakkan berzikir, berdoa dan bergantung sepenuhnya kepada Allah.

Keluar daripada Masjidil Haram barulah pandang clock tower ni.
Selesai semuanya selepas Isyak sebelum pukul 9 malam dan balik ke hotel untuk berehat.
Alhamdulillah.
Esoknya hari Jumaat.
Tiada ziarah luar tetapi perempuan boleh join sama untuk Solat Jumaat .

okey .to be continue

You Might Also Like

0 comments

Total Pageviews