Tips untuk awek muda, chumel dan sihat...
10:48 PMIni tips atau petua daripada pembacaan saya dari buku ,magazines dan pengalaman2 orang-orang tua yang saya ambil untuk dikongsi bersama..cheers...
1) Hendaklah minum air mineral/suam dengan banyak...bukan setakat 8 gelas sahaja....Airnya mesti bewarna jernih ..tidak bewarna kuning,hitam, merah, coklat, pink,etc yer....minum setiap sejam adalah sangat afdhal....walaupun terpaksa berulang alik ke toilet tetapi ia bagus untuk membuang toksin yang tidak sihat di dalam badan...adalah sgt bagus untuk sentiasa membawa bekas air mineral ke mana-mana sahaja....
2) Bersenam....either anda suka aerobic, berjogging, bermain futsal, belly dancing, pilates, menari dan apa sahaja aktiviti yang membakar adalah sangat bagus untuk kesihatan....cuba anda perhatikan muka anda selepas anda bersenam..pipi anda akan menjadi pink tanpa perlu memakai blusher....=)....( jimat bukan..ahe) ..u look natural beauty....kapilari-kapilari darah akan mengembang dan oksigen dapay disalurkan dengan sempurna....dan secara tak lansung metabolisme akan meningkat....( saya nak promote.....bersenam aerobic di tasik berhadapan AMCORP Mall setiap ahad 7.30 pagi mmg sangat best...trainer yang superb... )
3)Makan lah banyak buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ia mempunyai anti-oksida yang tinggi....jika anda malas memotong buah seperti saya,hurm...belilah di kedai makcik2 yang telah sedia memotong buah-buahan seperti buah jambu, mangga dan sebagainya ketika waktu lunch...pastikan di pinggan nasi anda mempunyai color-color bewarna hijau di samping nasi bersama kuah kari ayam yang hendak dimakan....
4) Jika keluar dari rumah, jangan lupa untuk memakai sunblock/sunscreen di muka dan kulit yang terdedah dengan matahari untuk mengahalng cahaya UVA/UVB terus ke kulit...ia akan menyebakan brown spot atau pigmentasi di muka anda .....muka pun akan cepat rosak dan berkedut....
5) Walaupun kita terperasan umur semakin meningkat, tapi janganla dress up macam makcik2 kerana anda akan kelihatan berumur seperti makcik2...Choose clothes that make u feel great....
6) Happy dan sentiasa ketawa.....jangan terlalu stress dengan kerja anda. jika muka anda sentiasa berkerut, pasti akan cepat berkedut muka anda....terpaksala memakai botox untuk menegangkannye semula...huhu...selalunya senyum kepada sesiapa sahaja....always think positive and do what u love to do.....cheers...
7) Janganla merokok atau berada berdekatan dengan orang yang kuat merokok....merokok seperti membunuh nyawanye sendiri....asap rokok mengandungi racun...awas!!
8) Jika ada duit , sebulan sekali pegi lah buat facial atau massage untuk merelaxkan diri....Urutan-urutan di muka/ badan dapat menegangkan urat2 saraf dan mengekalkan keanjalan kulit....
9)Tido la secukupnya.....tidur yang nyenyak dapat merehatkan minda dan badan kita....org yang tak cukup tido akan kelihatan seperti beruang panda di mana di sekeliling matanya akan mempunyai lingkaran hitam.....
10) Sentiasalah mengucapkan syukur kepadaNya kerana masih sihat dan berbanggalah setiap manusia mempunyai keunikan yang tersendiri.....
1 comments
hi there..thanks for visiting my blog :)
ReplyDelete