Badan lansing, ramai yang sayang....ahe

12:34 PM


Stamina saya makin berkurang..... 2 bulan lepas saya boleh berjogging non-stop 2 round ( tasik berhadapan amcorp mall) , tetapi sekarang ni separuh jalan dah semput.....huhu.
Last sunday saya pergi ke FRIM baru berjalan 1/2 jam ke canopy walk dah hampir pitam..terlalu penat ...dah takde stamina dan mungkin terlalu banyak toksik yang tidak dikeluarkan ...rasanya dah sebulan juga rasanya saya tidak pergi bermain futsal....badan menjadi lemah dah cepat letih....maka dengan itu, metabolisma semakin menurun dan badan akan mengembang sedikit demi sedikit tanpa disedari....argh....!!
saya harus melakukan sesuatu....walaupun setiap hari saya akan melakukan sit up sebanyak 50 kali ia tidak banyak membantu ....kerana metabolisma semakin berkurang....tahap pembakaran lemak adalah sangat rendah....saya tersangat jealous orang yang sanagt kuat makan tapi still kurus dan lansing kerana dia mempunyai kadar metabolisma yang tinggi....

so ini tips2 saya dapat dari blog kevin zahri...cara- cara tingkatkan metabolisma...

Latihan/Senaman: Kombinasi latihan cardiovascular dan mengangkat berat adalah yang terbaik kerana ia akan menolong dalam meningkatkan calorie output dan juga dalam menambahkan otot.

Makan kerap: Dengan makan 5-6 kali sehari, sistem-sistem badan sentiasa beroperasi dan keep the body active. Ini akan meningkatkan kadar metabolisma. Jangan skip meals dengan harapan untuk weight loss kerana skipping meals akan memaksa badan menurunkan kadar metabolisma kerana ia ingat ia sedang “puasa”.

Minum Air: Air merupakan kandungan utama badan. Kurang air boleh menurunkan kadar metabolisma. Jadikan air mineral sumber air utama

Nutritisi secara am: Apabila umur kita makin meningkat, pengawalan calorie menjadi semakin penting kerana kita tidak lagi memerlukan jumlah calorie yang sama.

Makanan Pedas: Walaupun kesan makanan pedas tidaklah mendadak, tetapi ia tetap “panaskan badan” dan meningkatkan metabolisma.

Supplement: Kebanyakkan weight loss supplement dikategorikan sebagai thermobased supplements di mana ia akan meningkatkan metabolisma badan dengan kandungan seperti Guarana, L-Carnitine, Cayenne Extract dll.

Tambahan :

Minum lah Green tea kerana sesiapa yang mengambil 4 cawan teh hijau sehari dapat membakar 80 kalori berbanding dengan mereka yang menerima ubat penenang.
Teh hijau mengandungi agen penghapus lemak yang di panggil epigallocathechin gallate yang meningkatkan metabolisma dan pembakaran kalori..

Sebagai cabaran , saya telah berjaya mendaftarkan diri untuk Jacob's Walk of Life 2009.- 21 June. nih...dah lama rasanya tak pegi event macam nih..for more info/register u can click here


jomla kite pergi beramai-ramai pegi this event....hanya perlu berjalan ..bejalan sejauh 8km sahaja...kalau nak menang ,kene lah berjalan dengan lebih laju...boleh dapat t-shirt free..ahe..dan mane tahu boleh menang cabutan bertuah....

paling penting badan sihat , otak pun cergas...badan lansing, ramai yang sayang..ahe... =) cheers...!!

You Might Also Like

3 comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. hi,

    30 minutes a day, 5 days a week, 325 times a year, running like forrest gump....
    that's all you need.

    geckoman

    ReplyDelete
  3. makan kerap tuh musykil sket. tapi ada logik nye. tips paling senang, jgn makan nasik. nasik untuk orang kerja berat cam petani, nelayan ngan kontraktor. kalo stakat dok opis, mane pakai banyak sgt energy. elok follow western nye diet.

    ReplyDelete

Total Pageviews