bersyukur...[mode serious]

10:46 AM

Salam semua....

Mulakan hari isnin ini dengan mengucapkan syukur kepadaNya kerana kita masih sihat dan mampu melakukan apa sahaja yang kite rancangkan.....=)
Seorang sahabat menegur saya supaya sentiasa bersyukur dengan apa yang telah ditentukan olehNya samada kita suka atau tidak ....setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya....bila kita bersyukur, hati akan senang dan tenteram....even mat2 salleh pun juga mengamalkan kaedah bersyukur atau dikenali sebgai law of gratitude...



Bila agaknya kita patut bersyukur? Sepatutnya kita kena bersyukur sentiasa. Tapi ramai yang menyatakan, “bukan saya taknak bersyukur tapi kehidupan saya nie belum cukup lagi. Saya masih belum dapat apa yang saya nak, nak syukur macam mana benda belum dapat?”

saya bersyukur:

1) mempunyai keluarga yang bahagia..mak yang sentiasa berdoa untuk anaknya dan juga yang akan masak masakan kegemaran anaknye ketika pulang ke kampung dan abah yang sentiasa mengambil berat ...

3) mempunyai badan yang sihat dan sempurna untuk keluar mencari rezeki dan melakukan ibadah kepadaNya....next time kita jangan merungut kalau kita x puas hati dengan fizikal kita... Nak kurus@ slim kenelah berusaha...=)

4) dikurniakan akal fikiran yang kreatif dan semangat yang kental...=)

5) dipinjamkan sementara harta di dunia ini untuk membantu orang yang memerlukan...

6) menyedari kesilapan diri dan berusaha memperbaikinya

7) mempunyai rakan2 yang sangat supportive dan positif....

8) mempunyai 3 perniagaan yang sedang mula berkembang dan percaya suatu hari ini saya juga boleh menjadi seperti rozita ibrahim, dato' azlina, dato' maznah dan juga tengku rozidar (my idol)...amin..=)

9) kerana berada di Malaysia..negara yang aman dan makmur...tiada peperangan dan kekacauan..

10) kerana masih boleh bernafas pada hari ini .....

alhamdulliah....




You Might Also Like

2 comments

  1. soulmate tu kekasih kan? huhu

    ReplyDelete
  2. suka entry ini..

    i bangun pagi bukak mata nampak faaz n daddy faaz tido mmg syukur2 sgt masih diberi peluang bernafas...alhamdulillah.

    p.s: bila u and mr soulmate nak naik pelamin ni? penat i ngan fadzil tunggu tau :)

    ReplyDelete

Total Pageviews