Tips mendidik anak lelaki

8:45 PM

Rindu mahu menulis di blog ini.
Hampir setahun meninggalkan dunia blog dengan alasan terlalu "sibuk" menguruskan anak dan biz.
Tiada masa utk diri sendiri....huhuh

At this moment saya hanya menunggu hari dalam masa 2 minggu lagi utk bersalin anak yang kedua..Walaupun pada mulanya dah set utk bersalin di lembah klang tetapi terpaksa bertukar plan utk bersalin di hometown sahaja disebabkan ada sedikit masalah kesihatan dan suami masih berada di offshore sekarang ni...

Anak yang sulung dah 2 tahun dan sangat aktif..namanya Muhammad Alfatih...alhamdullilah berkerja sendiri membolehkan saya mendidik anak sendiri dan melihatnya membesar di hadapan mata....x pernah berpisah dan putus susu ( direct bf sampai sekarang ni ) sampailah saya kena admitted hospital for a few days....owh mommy yang menangis malam2 sebab rindu...

Sekarang ni nak didik anak bukan macam dulu2..Banyak sangat cabaran utk masa yang akan datang ni...kalau boleh dari kecik2 lagi kena terapkan nilai2 agama dan kurangkan hiburan..Ibu bapa la contoh yang terbaik..Pendidikan bermula di rumah..apa yang kita buat akan menjadi ikutan anak2 kita...

Pencapaian tertinggi alfatih setakat ni:

1) dah kenal semua huruf ABC dan few words ...mommy gunakan kaedah flashcard...kena rajin dan sabar sebab susah nak duduk diam .
2) dah boleh baca alfatihah skit2...boleh ikut mommy bila baca..selalu mommy baca bila alfatih nak tido....bila nak tido, subconscious mind akan berfungsi...lama2 akan masuk dalam minda tanpa sedar alfatih dan alhamdullilah dia cepat ingat....


3) social skill juga bertambah baik ...saya hantar dia pegi playgroup di Genius Baby On Board (GBOB) shah alam supaya dia bergaul.ye lah asyik berkepit dengan mommy ja...so far confident level tinggi dan dah pandai bergaul dengan budak2 sebayanya...ada art session juga...yang bestnya ibu/bapa kena involve dalam  semua aktivity...masa ni tengok semua anak2 syurga ni sangat la happy...u all boleh refer kat sini http://geniusbabyonboard.blogspot.com/



3) alhamdullilah berkat susu ibu, alfatih jarang sakit demam dan sebagainya...if demam pun dalam sehari dua shj...mungkin antibodinya kuat ..now mommy dah jalankan tanggung jawab menyusu alfatih dah 2 tahun ni..but sekarang ni x stop lagi....maybe bila ada adik nanti dia akan stop sendiri..



4. If nakkan sesuatu , alfatih akan say PLEASE sambil  tunjuk sign urut dada..ni belajar drp class playgroup GBOB...daripada x pandai cakap sampai skrang ni dia akan say Please first...



Ni tips2 drp dr harlina siraj tips utk mendidik anak lelaki


1. Peranan Bapa


  • Balik awal dari tempat kerja dan mandikan anak jika masih dibawah umur 5 tahun.
  • Bawa anak bersiar-siar dan luangkan waktu bersamanya. Biasanya kanak-kanak suka dibawa ke taman-taman permainan.
  • Ajak anak bergasak ataupun bergumpal. Ini kerana anak lelaki lebih sukakan aktiviti lasak berbanding anak perempuan. Aktiviti begini boleh menguatkan lagi tali ikatan (bonding) diantara bapa dan anak.
  • Kebiasaannya bapa adalah idola atau 'role-model' kepada anak lelaki. Oleh yang demikian, apa sahaja yang bapanya lakukan akan diikuti oleh anak. Jika bapanya seorang perokok, maka kebarangkalian anaknya juga menjadi seorang perokok adalah sangat tinggi berbanding anak kepada bukan perokok. Oleh itu, seorang bapa perlulah menunjukkan contoh tauladan yang baik buat anak-anak.
  • Dukung anak atas bahu bagi membolehkan anak memandang melalui pemandangan bapanya.

2. Peranan ibu
  • Ibu hendaklah menunjukkan kasih sayang dan berlemah lembut kerana biasanya anak lelaki belajar MENGASIHI melalui ibunya.
  • Bagi mengeratkan lagi ikatan (bonding) antara ibu dan anak lelaki, ajaklah anak berbual mengenai apa sahaj. Ceritakan apa yang ibu lakukan dan minta pendapatnya dalam beberapa perkara.
  • Berikan pujian atas usahanya walaupun kecil.


Semoga kita sebagai ibubapa, memberikan yang terbaik dalam mendidik anak-anak tak kira samada lelaki ataupun perempuan

You Might Also Like

2 comments

  1. info yang menarik, visit back ya www.elnaomie.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. good sharing admin. thx ya. Semoga kita dapat mendidik anak kita menjadi insan yg soleh. Anyway, free2 jemput ke blog saya untuk info2 kekal fit and slim.

    >>>Tips Slim & Fit Semula Jadi!<<<

    ReplyDelete

Total Pageviews