Bibir merah dan sihat….bagaimana yer..?

2:46 PM




Bibir yang bewarna merah jambu asli (x memakai lipstik) adalah sangat seksi tidak kira lelaki atau perempuan…ia menunjukkan bibir anda adalah sgt sihat...Bibir sihat sudah tentu membantu dalam memberi senyuman anda yang paling menawan …bibir yang kering bukan sahaja mencacatkan keindahan bibir tetapi boleh menjadi lebih teruk apabila ia mulai pecah-pecah dan mungkin berdarah apabila dikopek…hurm…dah tak cantik lagi…walaupun anda cuba lindunginya dengan memakai lipstik yang tebal tetapi masalah tetap masalah bukan….tambah teruk jika anda adalah perokok tegar, bibir anda pasti hitam , kusam dan tak bermaya…
so ini adalah cara mudah yang boleh diamalkan untuk dapatkan bibir yang sihat dan sentiasa bewarna merah jambu dan seksi…

1) Buang tabiat membasahi bibir dengan air liur atau menggigitnya kerana bibir akan menjadi semakin kering dan mengelupas…

2) Pakailah vaseline atau lipbalm yang ada SPF untuk melindungi dari sinaran UV

3) Minum air kosong dengan banyak….bibir yang merekah menunjukkan kekeringan air di dalam badan

4) Hindari lip balm/lipstik atau lipgloss yang mengandungi perisa kerana anda akan cenderung untuk menjilat bibir…..di tambah lagi ia akan meningkatkan keinginan anda untuk makan…

5) Cuba tips ini…..saya melakukannya pada malam hari jika saya dapati bibir saya menjadi kering…
Sebelum tido, sapukan sedikit madu pada bibir dan biarkannya sehingga esok hari…..pastikan bilik anda tiada semut/ lipas yer supaya anda tidak mendapt ciuman percuma yang boleh menyebabkan bibir anda menjadi bengkak…

6) Jangan MEROKOK…nikotin dalam rokok akan menyebabkan bibir menjadi gelap dan tidak seksi lagi…. =)

You Might Also Like

0 comments

Total Pageviews