Perempuan dan Shopping

3:05 PM



Kenapa perempuan sangat suka berSHOPPING…..??..

Kenapa perempuan menjadi alergik dan obsess jika ternampak perkataan SALE…walaupan mereka tahu setiap bulan pasti akan ada SALE ( contonya di SOGO), tetapi mereka bagai tidak senang duduk atau berdiam diri untuk berfikir apa yang patut dibeli…

Di tambah lagi hidup di KL atau di lembah Klang, fenomena terbaru adalah bershopping ketika WAREHOUSE SALE kerana harga barangnya jauh lebih murah daripada biasa…walaupun terpaksa bersesak sesak , bergaduh untuk berebut barang dan terpaksa beratur panjang dan membuang masa 2/3 jam, ia tidak menjadi satu masalah….apa ada hal...asalkan barang2 yang agak branded mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja…..sekarang susah ada website www.shoppingnsales.com yang memberi bantuan kepada kaki2 shopping untuk menghabiskan duit masing-masing dengan membeli barangan yang sentiasa dirasakan tidak mencukupi seperti baju/kasut/perfume/handbag dan banyak lagi….hurm….dan almost 80% adalah dari kaum wanita…kenapa ini terjadi..apakah penyebab kaum wanita suka sangat bershopping dan menghabiskan duit ??? ini mungkin teorinya yang saya kaji hasil pemerhatian dan pengalaman sendiri…..

1) Perempuan mempunya nafsu yang besar dan tak dapat dikawal dengan akal fikiran….emosi menguasai segalanya…


2) Try to be cheap ….bila nampak SALE, kita berasakan inilah waktu terbaik untuk membeli barang tersebut kerana harganya telah menjadi murah….but we end up buying more things…dalam otak sentiasa berfikir macam ni “kalau tak beli, nanti dah takda diskaun lagi..so kalau beli dapat murah skit”…..

3) Di shopping mall, outlet2 untuk wanita adalah lebih banyak dari lelaki dan paling penting mempunyai banyak pilihan dan harganya lebih murah dari barangan lelaki…!!

4) Pakaian tak pernah cukup….contohnya jika baru beli satu blouse baru kena cari seluar/skirt untuk matchingkannya….dan walaupun kasut telah bertimbun di dalam boot kereta tetapi selagi kereta tidak berat/senget sebelah, kaum wanita tidak akan menyedarinya yang mereka telah memiliki lebih daripada 30 pasang kasut..!!!

5) Perempuan cepat terpengaruh….terpengaruh dengan iklan….terpengaruh dengan rakan2 seperjuangan yang lain…Jika seorang rakan memiliki bag berjenama Louis Vuitton, maka mereka yang lain juga akan bersaing secara sihat untuk memilikinya….X de class la kalau takde beg yang branded..huhuh….

6) Shopping adalah satu terapi…yes betull..!!...ia memberikan satu kepuasan dalam diri ….walaupun berasa sedih kerana suatu masalah tetapi dengan pergi bershopping, mereka akan lupa sekejap masalah yang dihadapi….cheers..

7) Apa lagi yer……kaum wanita mempunyai kawan-kawan yang sentiasa memberi dorongan dan semangat untuk membeli barang yang diidamkan….contonya ketika berada di fitting room untuk mencuba pakain yang hendak dibeli, pastinya kawan kita akan memuji bahawa pakaian itu sangat sesuai dan sangat padan sekali ….dek termakan pujian, pastinya kita akan membelinya walaupun mungkin pujian itu tidak ikhlas..!!yang penting mereka ingin sentiasa kelihatan cantik dan menjadi perhatian orang……




Anda suka bershopping..??? so kawal lah diri dan emosi anda….

You Might Also Like

1 comments

  1. shopaholic tul.. huhu...
    nice blog...
    visit me at http://mrpiratz.blogspot.com

    ReplyDelete

Total Pageviews