The best investment is to invest in yourself

1:47 AM



Pelaburan terbaik adalah dengan meningkatkan  nilai diri dari segi ilmu pengetahuan.
Peruntukkan sedikit wang utk pegi kursus, seminar , membeli buku/ebook, beli cdpanduan dll.
Disebabkan sekarang saya bekerja sendiri, saya sgt perlukan motivasi to keep me moves dan ilmu yg lebih drp biasa untuk membantu saya utk berniaga..
Pada tahun lepas, salah satu seminar saya hadir dan amat berkesan ialah Advance Marketing Power  oleh Dr Azizan pada  18& 19 Jun di Hotel Regency.

Lebih daripada 200 tips pemasaran  yang dikongsi utk dibuat .
Sya nak share salah satu tips pemasaran di dalam buku ini iaitu : 

"Kongsikan apa yang anda tahu kepada orang lain"
Apa yang anda ketahui tentang perniagaan anda kadang-kadang merupakan maklumat yang sangat penting terhadap orang lain.Tetapi bukanlah maklumat rahsia perniagaan anda tetapi maklumat umum atau informasi yang berguna kepada orang lain. Berikannya secara percuma.Tuliskan artikel di blog, laman web atau laman sosial seperti Facebook, kongsikan kepada orang lain tentang apa yang anda tahu tentang bidang yang anda lakukan.

Contohnya, jika anda berada di dalam bidang takaful atau insurans, kongsikan kepada orang lain tentang asas perancangan kewangan yang betul, nak rancang pencen, kepentingan takaful, pelan kewangan pendikan anak-anak mereka.Sama juga jika anda ada kepakaran di dlm pelaburan emas, pakar memasak,pakar MLM, pakar internet , pakar kecantikan, dll ...kongsikan pengetahuan anda!

Dengan ini ia akan menaikkan kredibility diri anda dan secara tidak lansung akan membantu kehidupan orang lain.Akan ramai yang akan  memberi kepercayaan kepada anda...Lebih banyak kita memberi, lebih banyak lagi kita akan dapat....Insyallah..

Ini lah yang tengah usahakan sekarang...aktif kembali menulis blog utk share sedikit ilmu2 yang saya ada yang mungkin boleh membantu orang lain...sharing is caring right...tips2 lain akan di kongsi lagi dari masa ke semasa..




- Posted using BlogPress from my iPad

You Might Also Like

0 comments

Total Pageviews